Wednesday, 6 April 2011

WAHAI PELUKIS...,,!! luangkan sdikit msa anda...hehe..!

Islam mengharamkan patung atau boneka yang disucikan atau dimuliakan. Dalilnya: Dari Abu Hurayrah ra:
لا تدخل الملائكة بيتا فيه تماثيل أو تصاوير
Terjemahnya: ” Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada patung dan lukisan.” (HR al-Bukhari-Muslim, sahih Muslim, 2112)
..........................................................................................................................

WAHAI RAKAN2 KU....!!!

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma mengkhabarkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya mereka yang membuat gambar-gambar (berjisim iaitu patung atau tidak berjisim iaitu lukisan, tenunan, ukiran dan sebagainya) ini akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat. Dikatakan kepada mereka (dengan pertanyaan penghinaan): "Hidupkanlah apa yang telah kamu cipta itu."      Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
..........................................................................................................................
Daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahuanhuma berkata : "Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:

"Bahawasanya manusia yang paling berat azabnya pada Hari Kiamat ialah para pembuat gambar (pembuat patung atau lukisan bernyawa)."    Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
..........................................................................................................................
Diriwayatkan daripada Said bin Abu Al-Hasan berkata maksudnya:

"Telah datang seorang lelaki kepada Ibnu Abbas seraya berkata:  
"Sesungguhnya aku adalah seorang lelaki yang membuat gambar-gambar maka fatwakanlah kepadaku (hukum) mengenainya." Ibnu Abbas berkata kepadanya: "Dekatlah kepadaku." Maka dia pun mendekatinya. Kemudian Ibnu Abbas berkata (lagi): "Dekatlah kepadaku." Maka dia mendekati (lagi) sehingga Ibnu Abbas meletakkan tangannya di atas kepala lelaki itu sambil berkata: "Aku akan beritahu engkau dengan apa yang telah aku dengar daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Setiap pembuat gambar (patung atau lukisan) adalah di dalam neraka, dijadikan baginya setiap gambar yang digambarkannya itu roh yang akan menyeksanya di dalam neraka jahanam." Dan Ibnu Abbas pun berkata: "Jika engkau terpaksa juga melakukan pekerjaan itu (membuat gambar) maka buatlah (gambar) pokok dan apa-apa yang tidak mempunyai nyawa." Hadis riwayat Muslim.
..........................................................................................................................
"tp klu kta x m'muliakn sprti gantung kt dinding..mcm kta smpan ja bleh kan..???" 

Jika diletakkan di tempat yang menghinakannya seperti digunakan sebagai hamparan yang dipijak-pijak atau menjadi hina dengan penggunaannya seperti bantal, sandaran (penyandar), matawang yang menjadi pertukaran di dalam jual beli dan yang seumpamanya hukumnya adalah harus
(Lihat Nihayah Al-Muhtaj 6/379).

Diriwayatkan daripada Aisyah Radiallahuanha berkata yang maksudnya:
“Sewaktu Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam (tiba di rumah) daripada suatu pelayaran; aku telah memasang tabir rak tempat penaruhan barang-barang dengan tabir nipis yang ada padanya gambar-gambar (lukisan-lukisan yang bernyawa). Maka apabila saja Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melihatnya, Baginda menanggalkannya lalu bersabda:    “Manusia yang paling berat seksaannya pada Hari Kiamat ialah mereka yang menjadikan sesuatu yang menyamai/menyerupai dengan makhluk Allah.” 
Aisyah berkata (ekoran daripada peristiwa itu: “Maka kami jadikan (kain tersebut) untuk dijadikan sebiji bantal atau dua biji bantal.” (Hadis riwayat Bukhari).

Berkata Imam An-Nawawi di dalam kitab Syarh Shahih Muslim: 
"Telah berkata sahabat-sahabat kami dan selain mereka daripada kalangan ulama-ulama: "Adapun membuat patung atau melukis haiwan adalah sangat haram dan ia termasuk daripada dosa-dosa besar, kerana pembuatnya diancam dengan ancaman keras (sebagaimana) yang tersebut di dalam hadis-hadis. Sama ada patung atau lukisan itu dihinakan ataupun tidak dihinakan, hukum membuatnya adalah haram sama sekali, kerana si pembuatnya itu seolah-olah menyamai Allah Taala pada membuat makhluk sama ada gambar itu pada pakaian, hamparan, duit perak, duit emas, duit emas, duit logam, bejana, dinding atau yang lainnya." (lihat Syarh Shahih Muslim 7/341).
..........................................................................................................................
"klu kta lukis xlengkap xpa an...?? lukis laa bg xda kepala ka.."
 Jika ia tidak lengkap dengan anggota yang tidak boleh ia hidup tanpanya seperti tidak berkepala maka hukumnya adalah harus. (lihat Tuhfah Al-Muhtaj 3/434 dan I’anah Ath-Thalibin 3/413).

Tetapi ada segelintir fuqaha mengharamkannya di antaranya ialah Al-Imam Al-Mutawalli iaitu salah seorang ulama besar dan pakar rujuk dalam Mazhab As-Syafie katanya di dalam kitab At-Titimmah:
"Tiada beza sama ada dipotong kepalanya ataupun tidak." Ini bererti pada pendapat Imam Al-Mutawalli bahawa sebarang patung dan lukisan adalah haram membuat atau melukisnya sama ada lengkap dengan segala anggota tubuh badannya ataupun tidak.
..........................................................................................................................
terdapat situasi y membenarkan patung....!!
Semua ini adalah bagi hukum membuat patung atau lukisan yang bukan bagi tujuan permainan kanak-kanak dan pendidikan atau pembelajaran

Manakala patung atau boneka yang diharuskan ialah patung mainan kanak-kanak kerana ia bukan patung untuk dimuliakan, diagungkan dan bukan untuk tujuan bermegah-megah. Dalilnya: Dari Aisyah RA,

أنها كانت تلعب بالبنات عند رسول الله صلى الله عليه وسلم 
terjemahnya: ” aku biasa bermain boneka di sisi RasuluLlah SAW” (HR Bukhari-Muslim, sahih Muslim, 2440)

Patung yg dibolehkan juga ialah patung yang tidak cukup sifat, dalilnya:

مر برأس التمثال فليقطع حتى يصير كهيئة الشجرة
terjemahnya: ” (Jibril AS berkata) Perintahkan agar kepala patung itu dipotong. Maka dipotonglah patung itu sehingga menjadi seperti pokok.” HR Abu Daud, anNasa’iy, Termidzi dan Ibn Hibban, disahihkan oleh al- Albani dalam Ghayatul Maram (131)
Maka begitulah kedudukan patung dan boneka di sisi syara’. Jika boneka itu sasarannya untuk permainan kanak-kanak, maka diharuskan. Jika ia tidak cukup sifat, pun dibolehkan juga. Jika selain itu, misalnya boneka untuk kemegahan dan tujuan untuk diagungkan, maka ia adalah haram. WA (al-Qardhawi, Halal & Haram, terjemahan Indonesia, ms 117)
.....ehem2..para pengumpul action figure...!!
..........................................................................................................................
  
ni ad beberapa lg y ak nk kongsi....hhmmm..

. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya (11:14):
Telah berkata Aisyah r.a:

كَانَ لَنَا سِتْرٌ فِيهِ تِمْثَالُ طَائِرٍ وَكَانَ الدَّاخِلُ إِذَا دَخَلَ اسْتَقْبَلَهُ فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَوِّلِي هَذَا فَإِنِّي كُلَّمَا دَخَلْتُ فَرَأَيْتُهُ ذَكَرْتُ الدُّنْيَا

"Kami pernah mempunyai tirai yang terdapat lukisan burung. Dan jika seseorang masuk (ke dalam rumah kami) dia akan menghadapnya. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadaku: alihkan ini kerana setiap kali aku masuk aku melihatnya aku akan mengingati dunia."

2. al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr as-Siddiq salah seorang Tujuh Fuqaha di Madinah antara mereka yang membenarkan gambar pada kain.

Dalil mereka dari Abu Talhah r.a:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ
قَالَ بُسْرٌ فَمَرِضَ زَيْدُ بْنُ خَالِدٍ فَعُدْنَاهُ فَإِذَا نَحْنُ فِي بَيْتِهِ بِسِتْرٍ فِيهِ تَصَاوِيرُ فَقُلْتُ لِعُبَيْدِ اللَّهِ الْخَوْلَانِيِّ أَلَمْ يُحَدِّثْنَا فِي التَّصَاوِيرِ قَالَ إِنَّهُ قَالَ إِلَّا رَقْمًا فِي ثَوْبٍ أَلَمْ تَسْمَعْهُ قُلْتُ لَا قَالَ بَلَى قَدْ ذَكَرَ ذَلِكَ

"Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Malaikat tidak memasuki rumah yang terdapat gambar. Kata Busr: Kemudian Zaid bin Khalid telah jatuh sakit, maka kami pergi melawatinya, kami dapati tirai bergambar di rumahnya, maka aku bertanya 'Ubaidullah al-Khaulani: Tidakkah dia menceritakan perihal gambar-gambar? Kata: Dia telah berkata: Kecuali lukisan pada kain, tidakkah kamu mendengarnya? Aku berkata: Tidak. Kata: Bahkan beliau telah menyebut demikian." (H.R Bukhari & Muslim)

Rujukan:
-Syarah Muslim oleh Imam Nawawi: 7/205
- Fathul Bari: 17/63
- al-Islam wa al-Fan oleh Qardhawi: m/s: 92


Diriwayatkan daripada Aisyah Radiallahuanha berkata yang maksudnya:
“Sewaktu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (tiba di rumah) daripada suatu pelayaran, pada ketika itu aku telah memasang tabir pada pintuku tabir bulu yang ada padanya gambar kuda yang mempunyai beberapa sayap, maka Baginda memerintahkanku (agar aku menanggalkannya) lalu aku pun menanggalkannya (daripada pintu itu).” (Hadis riwayat Muslim).

sama2lah kta pikir2kan......!!!
nti psal amik gmbar lak....hehe

No comments:

Post a Comment